DZR
Pharma Marketing Sdn. Bhd. ditubuhkan untuk memberikan khidmat nasihat dan perundingan
kepada bakal pelanggan yang ingin mengeluarkan produk OEM berjenama sendiri
melalui syarikat DZR Pharma Manufacturer Sdn. Bhd.
Kepakaran
kami ialah memberi khidmat rundingan dan perancangan pembangunan produk makanan
kesihatan dan kosmetik yang dikeluarkan atas jenama yang dibangunkan sendiri
oleh para klien kami.
Perkhidmatan
kami meliputi khidmat nasihat dan perundingan jenis produk yang ingin
dikeluarkan, sampel produk yang dipohon oleh klien, pengiraan kos pengeluaran,
pendaftaran produk dengan KKM, R & D dan khidmat perundingan pemasaran
produk.
Syarikat
DZR Pharma Manufacturer adalah merupakan syarikat bertaraf GMP berlesen dibawah
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), KKM yang mengeluarkan produk OEM
makanan kesihatan, produk tradisional dan kosmetik.
Dengan
kemudahan dan kelengkapan mesin pengeluaran yang canggih kami yakin proses
membangun dan mengeluarkan produk yang berpotensi tinggi dan berkualiti dapat
dihasilkan standing dengan produk jenama antarabangsa selaras dengan kehendak
dan keperluan semasa industri perkhidmatan pengeluaran produk makanan kesihatan.
